Neelofa, Vivy suarakan kebimbangan barangan tiruan jejas usahawan tempatan



KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Usahawan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membendung barangan ciplak dan tiruan yang berleluasa ketika ini.

Ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata penguatkuasaan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.

"Terdapat banyak sangat sasaran pendua yang disediakan di luar sana tapi tidak ada outcome kualit. Jadi perjumpaan hari ini saya banyak kongsikan daripada perspektif perniagaan saya dan masalah dalaman dalam Naelofar Hijab.

"Sebagai contoh produk tiruan yang kita hadapi. Kami pernah bekerjasama dengan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Kastam tapi kosnya sangat tinggi bagi kita untuk terus mengatasinya jadi saya mencadangkan kepada majlis, mungkin bila kita buat laporan mereka boleh bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tutup semua akaun ke atas mereka yang jual barangan tiruan," katanya.

Neelofa juga mahu kerajaan mempermudahkan proses pinjaman perniagaan dengan menyediakan proses dokumentasi dan informasi yang secukupnya di bawah satu bumbung.....

Thanks for watching our article Neelofa, Vivy suarakan kebimbangan barangan tiruan jejas usahawan tempatan. Please share it with pleasure.
Sincery Berita Panas
SRC: http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1472742

powered by Blogger Image Poster

0 Response to "Neelofa, Vivy suarakan kebimbangan barangan tiruan jejas usahawan tempatan"

Post a Comment

close
==[ Click 2x to Close]==