Neelofa yang sudah hampir sembilan tahun dalam industri memuat naik status di laman sosial, Twitternya sebagai tanda sokongan kepada Haqiem yang didakwa mahu bersara.

“Semangat positif untuk Haqiem. Sentiasa menjadi diri sendiri dan jangan mudah mengalah.

“Anda ada sokongan peminat dan mereka menyayangi anda,” katanya dalam status yang dimuat naik semalam.

Haqiem sebelum ini didakwa mahu bersara daripada industri muzik kerana mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, Haqiem bakal membuat pengumuman berhubung dakwaan tersebut awal Julai depan. - UTUSAN ONLINE