Beliau yang juga Pengarah Naelofar Hijab berkata, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak tegas dengan menutup operasi akaun syarikat yang mengeluarkan produk tiruan serta-merta sebaik sahaja menerima laporan.

“Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke­penggunaan (KPDNKK) dan Kastam Diraja Malaysia, namun perkara itu melibatkan wang yang banyak untuk meneruskannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan di bangunan Ilham di sini hari ini.

Ahli compartment majlis tersebut dianggotai lima pakar termasuk bekas Menteri Kewangan; Tun Daim Zainuddin; tokoh perniagaan, Tan Sri Robert Kuok; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia; Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas; Tan Sri Mohd. Hassan Marican dan ahli ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram. - UTUSAN ONLINE