SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- Yakult (M) Sdn Bhd bersama-sama Fara Fauzana dan Nabil Ahmad baru-baru ini meraikan 180 tetamu termasuk penghuni Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa pada program 'Iftar Ada Yakult Barulah Wow'.
Program berbuka puasa tersebut dihadiri 60 orang penghuni rumah itu yang berusia antara tiga hingga 17 tahun bersama-sama lima guru mereka.
Artis lain yang turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Nana Mahzan, Zahiril Azim, Shira Ayub, Ana Rafali dan Fauziah Ghouse.
Pada majlis itu juga, Yakult melancarkan video Raya pertamanya bertajuk 'Geng Sakat Raya Yakult' yang menampilkan Nabil Ahmad, Fara Fauzana, duta minuman probiotik itu dan Sherry Alhadad.
"Video ini mengisahkan tentang persaingan antara adik-beradik menjelang hari raya serta memupuk sikap serta budaya bermaaf-maafan sesama keluarga demi mengeratkan silaturrahim," kata Pengarah Bersekutu Perhubungan Awam dan Sains Yakult Malaysia, Mazlyn Mena.
"Kami berharap pengaktifan kempen bersepadu Raya dan Ramadan menerusi penyiaran, digital dan aktiviti secara langsung ini dapat mengeratkan lagi hubungan bersama pengguna dan seterusnya menggalakkan perkembangan jenama Yakult di pasaran," tambahnya.
Majlis berbuka puasa itu diadakan sebagai tanda terima kasih kepada pengguna Yakult ACE semenjak dipasarkan pada 2004 dan sejajar dengan falsafah syarikat Yakult yang ingin menerapkan konsep 'pencegahan penyakit lebih baik dari mengubati'.
-- BERNAMA
Sincery Berita Panas
SRC: http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1467482
powered by Blogger Image Poster
0 Response to "Nabil Ahmad, Fara Fauzana sertai Yakult rai tetamu pada majlis Iftar"
Post a Comment