KUALA LUMPUR 1 Mei - Kekecewaan pelakon Amar Asyraf terhadap beberapa buah rumah produksi akibat menolak minatnya untuk menjadi pengarah tidak menjadi penghalang untuk dia terus mengejar impian itu.
Pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu bagaimanapun tidak mahu terus berkecil hati malah memikirkan dia masih punya waktu untuk menyerlah sebagai pelakon dan pengarah satu hari nanti.
“Jujurnya saya lebih suka bekerja di belakang tabir dan duduk di kerusi pengarahan, tetapi rezeki lebih ke arah lakonan.
“Saya tahu nak jadi pengarah bukan mudah dan faham kenapa banyak produksi menolak permohonan. Ya, mungkin mereka kurang percaya dengan kebolehan saya kerana tiada karya yang dihasilkan oleh saya.
“Tidak mengapalah. Saya masih muda dan banyak lagi masa nak gapai untuk buktikan kepada mereka yang saya ada karya arahan sendiri,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.
Sincery Berita Panas
SRC: http://www.utusan.com.my/hiburan/amar-asyraf-kecewa-dengan-produksi-1.662529
powered by Blogger Image Poster
0 Response to "Amar Asyraf kecewa dengan produksi? - Hiburan"
Post a Comment