Sampai sudah buat tak peduli


PASANGAN selebriti, Fadzil Zahari dan Yana Samsudin bersama anak mereka, Aisy Mateen. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman


KUALA LUMPUR: Pelakon, Fadzil Zahari, mengesahkan pereka fesyen yang didakwa belum melunaskan hutang sebanyak RM10,000 sejak tiga tahun lalu masih mendiamkan diri.
Suami Yana Samsudin itu berkata, hanya kakak pereka terbabit yang menghubunginya, meminta supaya gambar ibu mereka dipadamkan daripada status Facebook dikongsinya.
"Kalau dia mahu selesaikan secara baik, tentu dia sudah menghubungi atau WhatsApp saya. Sebulan sebelum ini, saya sudah meminta kakaknya menyampaikan pesanan kepada pereka berkenaan.
"Saya pesan, kalau masih tidak membalas (mesej) WhatsApp, saya akan tanya menerusi Facebook. Tetapi, ternyata mereka ini memang jenis selamba dan buat tak peduli saja.
"Bagi saya perkara ini mudah, kalau dia mahu berbincang cara elok atau ada usaha untuk selesaikan hutang, saya sudah bagi masa sejak 30 Oktober sampai sekarang," katanya.
Semalam, pengasas syarikat pengurusan artis dan acara itu meluahkan rasa terbuku di hati yang dipendam sejak tiga tahun lalu menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook miliknya.
Dalam status yang turut dilampirkan bersama gambar pereka berkenaan, Fadzil secara sinis menyatakan, orang yang didakwa berhutang itu mampu bercuti di luar negara dan mempunyai butik gah, namun culas melunaskan wang dipinjam.
Mengikut perjanjian hitam putih, wang yang dikatakan dipinjam daripada Yana bagi membayar gaji pekerja itu akan dipulangkan sebulan kemudian, tetapi hingga kini dia pula seperti pengemis menagih hutang.
Ditanya sama ada beliau akan mengajukan permasalahan berkenaan kepada pihak berkuasa, kata Fadzil, ia masih dalam pertimbangan, namun tidak teragak-agak bertindak tegas berikutan mempunyai dokumen aku janji.

0 Response to "Sampai sudah buat tak peduli"

Post a Comment

close
==[ Click 2x to Close]==