Penyanyi Sufian Suhaimi tidak kisah sekiranya lagu terbarunya, Di Matamu menjadi lagu tema putus cinta di kalangan pendengar.
Menurut Sufian, dia tidak menafikan lagu berentak balada dan mendayu-dayu mendapat tempat di hati pendengar.
“Mungkin kerana kisah putus cinta dekat dengan rakyat Malaysia jadi secara tidak langsung ia membuatkan lagu berentak sebegini menjadi pilihan mereka.
“Kalau kita imbas kembali, lagu-lagu berentak sedih dan meruntun hati ini sebenarnya sudah diminati sejak epoch 80-an.
“Sebenarnya saya juga tidak kisah sekiranya mereka ingin menjadikan lagu ini sebagai lagu tema kisah cinta mereka,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Tidak terhad hanya dengan lagu sedih, Sufian berkata dia mahu mempelbagaikan hasil karya seperti singlenya sebelum ini, Terasa Ada.
“Tiada sebab untuk rasa takut kerana secara jujurnya saya tidak kisah dilabel sebagai ‘raja lagu sedih’.
“Dalam masa yang sama saya juga ingin memberikan sesuatu yang bahagia seperti lagu Terasa Ada dan selepas ini saya akan cuba mempelbagaikan lagi karya-karya seterusnya.
Di Matamu merupakan ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen telah mendapat perhatian peminat apabila muzik videonya meraih lebih 10 juta tontonan sejak dimuat naik ke Youtube pada 22 Mac lalu.
Sincery Berita Panas
SRC: https://www.msn.com/en-my/news/other/sufian-suhaimi-tak-kisah-di-matamu-jadi-lagu-tema-putus-cinta/ar-AAwePqa
powered by Blogger Image Poster
0 Response to "Sufian Suhaimi Tak Kisah Di Matamu Jadi Lagu Tema Putus Cinta"
Post a Comment