Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (tengah) bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Mydin serta barisan artis Oleh Mohammad Johari Yaakob & Huma Makesvari
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Mydin telah melancarkan kempen 'Girang Syawal Tiba' bersama artis terkenal bertempat di Mydin Subang Jaya Selangor baru-baru ini.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, kempen itu bertujuan menyediakan pengunjung dengan pakaian raya dengan harga yang rendah berkualiti tinggi.
"Kami di Mydin menyediakan koleksi baju raya dengan harga yang rendah dengan kualiti yang cantik bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah bergembira di hari raya di samping peraduan dan aktiviti menarik yang telah dirancang," katanya pada sidang media.
"Mydin juga telah mengeluarkan lagu hasil kerjasama dengan FMC Music yang berjudul Girang Syawal Tiba," tambah beliau.
Girang Syawal Tiba 2018 ini juga akan menampilkan koleksi-koleksi baju raya Mydin yang pelbagai dengan jenama Mikayla untuk pakaian wanita dan Mikhail untuk pakaian lelaki yang diperagakan oleh model dan artis-artis terkenal tanah air seperti Haqiem Rusli, Zoey Rahman, Tajul, Sissy Iman, Ernie Zakri dan Wani.
KOLABORASI MYDIN-ARTIS
"Kolaborasi dengan Mydin merupakan sesuatu yang hebat bagi saya untuk terlibat sama dengan artis lain kerana ini merupakan kali pertama bagi saya untuk terlibat dalam kempen sebegini," ujar Haqiem Rusli ketika ditemui pada majlis itu.
(Dari kiri) Tajul, Haqiem Rusli, Zoey Rahman, Sissy Iman dan Wani pada pelancaran Kempen Mydin Girang Syawal Tiba
Ernie Zakri yang juga terlibat dalam pembikinan lagu serta kempen tersebut berkata bahawa lagu Girang Syawal Tiba merupakan lagu raya yang sangat moden dan mesra telinga untuk didengar dan beliau juga rasa bertuah kerana dapat bersama rakan artis yang lain menyanyikan lagu tersebut.
Lagu Girang Syawal dihasilkan dalam dua versi iaitu satu versi Mydin dan satu lagi versi komersial untuk dinikmati oleh masyarakat ketika hari raya.
Selain daripada itu, sepanjang bulan moon ini juga, para pelanggan Mydin berpeluang menyertai aktiviti bersama artis tanah mood seperti Faizal Tahir, Anis Nabila dan juga Amyra Rosli yang dibawakan oleh rakan pembekal Mydin iaitu GSK, Maggi, DKSH dan juga P&G.
Sempena dengan Girang Syawal Tiba 2018 ini juga, Mydin mengeluarkan Kad Meriah edisi terhad yang memaparkan gambar enam orang artis terkenal tanahair yang turut menjayakan Girang Syawal Tiba 2018 pada harga RM12.
-- BERNAMA
Sincery Berita Panas
SRC: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1465571
powered by Blogger Image Poster
0 Response to "Mydin Lancar Kempen Girang Syawal Tiba 2018"
Post a Comment