KUALA LUMPUR: Kecenderungan penonton 'melayan' drama melalui platform bukan televisyen (TV) mengundang kerisauan pelakon, Azhan Rani yang ketika ini popular dengan drama, Nur, yang sedang ditayangkan TV3.
Azhan, 42, berkata, tindakan peminat menonton drama melalui medium berbeza tidak membantu rating TV, termasuk naskhah yang dibintanginya bersama Syafiq Kyle dan Amyra Rosli itu.
"Terima kasih atas maklum balas yang mencurah-curah mengenai drama Nur. Namun, hakikatnya, biarpun trending di laman sosial saban hari, rating melalui tontonan di television masih kurang meyakinkan.
"Biarpun banyak pihak memberi maklum balas positif mengenai Nur, segelintir pihak nampaknya mengambil pendekatan mudah dengan menonton melalui medium yang tidak sah," katanya kepada BH Online.
Disiarkan melalui slot Samarinda di TV3 mulai 14 Mei lalu, drama rantaian, Nur menarik perhatian peminat yang tertarik dengan kelainan jalan ceritanya.
Drama yang disiarkan pada 10 malam setiap Isnin hingga Khamis itu, memaparkan kisah Adam lakonan Syafiq, iaitu anak kepada penceramah selebriti terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaluddin Hassan).
Adam yang mahu menggantikan tempat ayahnya sebagai pendakwah, berkenalan dengan seorang wanita, iaitu Nur lakonan Amyra, yang akhirnya diketahui pelacur yang mahu mendekati agama.
Azhan yang melakonkan watak Ustaz Syed Hamadi dalam drama itu, bimbang karya bermutu dan indah seperti Nur akan tinggal sebagai sejarah.
"Apa yang kekal hanyalah apa yang ada di kaca TV yang menampilkan intend dan jalan cerita yang sama.
"Saya tidak meminta kita semua membuang itu semua (medium bukan TV), sebaliknya berilah sedikit ruang kepada karya membina untuk bernafas," katanya yang mahu penonton mengubah mentaliti dengan menyaksikan karya seni melalui medium betul.
Azhan berkata, dia berdakwah melalui karya biarpun memegang watak hitam. Namun, Azhan berpegang niat mahu watak yang dibawanya menjadi pengajaran.
"Ini adalah mengenai kualiti produk yang kita sayang bak kata-kata pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar. Saya percaya anda semua ingin menonton cerita begini lagi. Jadi, ubah mentaliti dengan menonton di saluran yang sah bagi membuktikan apa yang anda mahu.
"Jika tidak, pihak produksi, penulis, pengarah dan pelakon terpaksa terus menghasilkan drama yang diperlekehkan orang ramai supaya dapat terus membayar bil kami," katanya.
Sincery Berita Panas
SRC: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/05/431384/bantulah-rating-tengok-nur-di-tv
powered by Blogger Image Poster
0 Response to "'Bantulah rating, tengok Nur di TV' | Selebriti"
Post a Comment