PELAKON veteran Datuk Lai Meng menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kritikal pada malam Ahad lalu.
Pemergian mendiang diusia 90 tahun meninggalkan dua anak lelaki dan seorang perempuan, serta empat orang cucu.
Lai Meng atau nama sebenarnya Lai Kwai Yoon pernah popular sekitar era 60an menerusi sitkom tempatan, Empat Sekawan yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Mendiang dianugerahkan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang pada tahun 2013 dan darjah kehormatan AMN oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1978.
Pembabitan mendiang dalam arena hiburan selama 58 tahun juga mendapat perhatian Malaysia Book of Records sehingga dianugerahkan sebagai Longest Performing Artist.
Malah, mendiang pernah dinobatkan penggiat TV Wanita Terbaik pada usia 86 tahun di Festival Filem Malaysia ke-25.
Seterusnya, ketika berusia 81 tahun pernah tercalon sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Golden Horse Taipei ke-45 kerana wataknya sebagai ibu yang menderita penyakit Alzheimer dalam filem Singapura Money No Enough 2.
Antara filem-filem hit lain yang pernah dibintanginya seperti Ah Long Pte Ltd , Love Matters dan Where Got Ghost?
serta pelbagai iklan.
Pengumuman mengenai berita kematian Aunty Lai dipetik menerusi laporan Sinchew Daily.
Sincery Berita Panas
SRC: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pelakon-veteran-aunty-lai-meng-meninggal-dunia-1.831667
powered by Blogger Image Poster
0 Response to "Pelakon veteran Aunty Lai Meng meninggal dunia - Hiburan"
Post a Comment